Saturday, April 6, 2013

Bilakah Perisytiharan Raja Nazrin Shah Sebagai Pemangku Sultan

Pembaca blog yang budiman  , Kali ini YM Raja Ahmad Nasir ingin mendapat pandangan dan renungan dari pembaca blog .  Sudah sekian lama negeri Perak tidak mempunyai Sultan  dan juga Raja Muda kerana mereka telah meninggalkan negeri Perak dan tidak bermastautin dinegeri sendiri dan bermastautin di Kuala Lumpur . Ketika ada perasmian baru nampak rupa itupun sekejap sahaja . Kemudian kembali ke Kuala Lumpur .
     Ada seorang hamba Allah telah bertemu YM Raja Ahmad Nasir . Beliau menceritakan pihak kerabat Diraja yang hadir di Majlis Raja-raja tahun lepas  , Sultan Perak telah mengaku bahawa beliau bukan anak Raja / Waris Raja . 2 / 3 orang Sultan menyuruh Sultan Azlan (Atan Bin Hashim) meletak jawatan .  Beliau hanya tuduk dan mendiamkan diri tak berkata apa-apa .  Selepas peristiwa tersebut Sultan Azlan jatuh sakit sehingga kini  .  Kenapa pihak bertanggungjawan tidak mewar-warkan keadaan Sultan Azlan yang sakit  . Sehingga kini berita beliau tidak disiarkan dimana-mana cerong Radio Malaysia mahupun pihak Media . Mereka menyembunyikan sesuatu maklumat .
 
     Hilangnya nama Sultan Perak kerana TULAH menipu masyarakat dunia , Malaysia khususnya negeri Perak .  Pertanyaan dimana letaknya keadilan bumi tercinta ? Bolehkah dikatakan negara ini negara Islam ? Sedangkan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab membuat tipu muslihat .  Ini adalah disebabkan kekayaan dan kuasa yang ada pada mereka .
   
     YM Raja Ahmad Nasir Allah akan mengembalikan dan membentuk Negeri Perak ini  Negeri Berdaulat . Sultan yang akan memerintah masa akan datang biarlah waris keturunan Raja , Benih yang sah  .Bagi menegakkan Agama dengan seadilnya. Menjadi satu tanda tanya Raja Muda Nazrin diisytiharkan sebagai Pemangku Sultan ketika / masa bila ? Siapakah yang mengisytiharkan beliau sebagai Pemangku Sultan ?  Kalau mengikut Peraturan Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak Bahagian ke-2 . Raja Nazrin memang tidak layak disebabkan ayahanda beliau Sultan Azlan (Atan Bin Hashim) bukan waris keturunan atau benih Raja . Apatah lagi Raja Muda Nazrin . Disini ternyata pihak politik telah memainkan peranan dan tidak seharusnya pihak politik yang tidak bertanggungjawab mencampuri isu Raja-raja .

Warisan Raja tidak boleh aktif dalam politik. Kita pernah lihat di Youtube , Raja Muda Nazrin telah mencampuri hal politik . Kemudian beliau tidak mengaku ketika berucap dicerong radio . Mustahil orang akan buat Youtube dan mehinanya beliau ? Inikah sifat seorang Raja Muda , tidak bertanggungjawab dan tidak mengaku kesalahan dan kesilapan sendiri .  Bercakap putar belit Indah Khabar dari Rupa . Bagaimana rakyat hendak menghormati beliau ?
 
   Hanya setakat ini buat kali ini .

   
    Wassalam