Tuesday, August 28, 2012

Adakah Rakyat Jelata Betul-Betul Merdeka


Para pembaca blog yang dihormati. Hari Raya telah pun menjelang. Kini tiba pula menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31hb Ogos 2012. Persoalannya bagaimanakah sebenar-benarnya kemerdekaan ini wujud. Apakah dasarnya? Adakah kita rakyat Malaysia betul-betul merdeka? Adakah kemerdekaan ini berpunca dari Perdana Menteri atau Sultan. Kita mempunyai Agong yang bertanggungjawab mengikut giliran5 tahun sekali bagi setiap penggal bagi memegang jawatan tersebut pada setiap sultan dalam negeri bagi negara ini.
Pernahkah Perdana Menteri memegang jawatan tersebut? Ceritakan sebenar-benarnya cerita kemerdekaan ini kepada rakyat jelata. Kalau Perdana Menteri memegang jawatan sekian lama maka kroni-kroni mereka ini akan menjadi bertambah kaya dan tidak ada ruang pihak lain untuk mendapatkan projek dan kekayaan itu berpihak pada mereka yang memegang jawatan yang tertinggi. Puncanya rasuah menjadi-jadi tidak dapat dibendung & di benteras. Ikan Paus makan besar, Ikan bilis makan kecil.
Aluanan suara politik berkumandang menggunakan diatas nama rakyat, nama Agong dan kalimah Allah dengan hadis-hasis Nabi. Seolah-olah mereka melakukan suatu kebaikkan untuk rakyat negara ini. Tetapi mereka lupa Seri Paduka Yang Dipertuan Agong sebagai waris Nabi diketepikan. Nama Agong dipergunakan, diperalatkan. Undang-undang sebagai lambang menakuti rakyat jelata. Dimana letaknya keadilan? Dimana yang dikatakan Negara Malaysia ini Negara Islam.Dimana Negara Malaysia ini mempunyai adab sopan santun, menghormati yang tua. Sedangkan mereka lupa diri, lupa sumpah, lupa amanah. Walaupun bersalah mereka boleh terlepas diatas kuasa dan rasuah yang dipergunakan. Adakah cara ini sebagai Ketua Islam yang berpelajaran tinggi. Sendiri yang melakukan kesalahan, orang lain yang menerima hukuman. Segala kesalahan tidak diakui.

Rakyat jelata tahu dan nampak sikap perbuatan mereka yang angkuh, sombong dan bongkak. Dimedia, di kaca TV , kata-kata manis menjadi peranan agar mereka dihormati dan disegani supaya agenda tipu muslihat tidak diketahui. Kenapa tidak setiap penggal di tukar sama ada baik atau tidak untuk menjadi seorang Perdana Menteri atau Menteri Besar. Bagi menjadikan negara ini makmur, bahagia dan merdeka.
Sebagai Seri Paduka Yang Dipertuan Agong bertanggungjawab memegang amanah yang berat. Beliau seharusnya menunjukkan beliau adalah sultan yang memegang pada panji-panji, yang berwibawa, berjiwa rakyat, berbakti, bersikap adil. Barulah disegani oleh setiap manusia dipelusuk Dunia. Oleh kerana tidak bertanggungjawab, kesempatan bagi Perdana Menteri mengambil tanjak tersebut sebagai Sultan didalam negara. Dengan erti kata lain Kaduk naik junjung. Kalau perkara begini tidak diubah, masih di tampuk lama usahlah di banggakan. Kita meludah ke langit kena batang hidung sendiri.

Kesultanan yang berada di dalam negeri ini seharusnya mempunyai daya pemikiran yang luas jangan cepat mengikut dan dengar kata-kata orang yang suka menunjukkan kebaikannya tapi sebaliknya memperalatkan, memperbodohkan kewibawaan raja-raja. Raja-raja hendaklah bersikap tegas, berfikiran yang bijak barulah dihormati dan disegani.
YM harap rakyat Malaysia faham bagaimana Malaysia dimerdekakan agar kita tidak ditipu oleh pihak tertentu untukl kepentingan mereka. Jangan kita diperbodohkan. Kemerdekaan adalah Sejarah Negara

Sekian Wasalam