Thursday, March 29, 2012

Pembesar-Pembesar yang menerima rasuah


Salam sejahtera para pembaca blog yang setia.
Cerita mengisahkan pembesar negeri diistana telah melakukan kesilapan & kesalahan yang besar. Oleh kerana gilakan kebendaan, kekuasaan sanggup menggadai bangsa, agama dan negeri sendiri. Segala sumpahan yang dilafazkan adalah palsu kerana tidak amanah dan tidak bertanggungjawab diatas jawatan yang disandang.
Apa yang berlaku sekarang ini, Sultan yang tidak berdaulat serta bukan titisan darah diraja, telah dilantik memegang teraju Agama segala undang-undang perlembagaan diubah.

  Alat kebesaran negeri dipalsukan atau dibuat lain. Adat istiadat pertabalan tidak diguna pakai. Kononnya dikatakan syirik dan kurafat, Didalam istana dibuatnya mini bar tukang masak dan tukang buat minuman adalah dari bangsa asing. Sikap beliau suka mencaci cela dan memaki hamun pada pekerja-pekerja bawahan.
Perkataan Anjing& Babi sudah begitu biasa dari lafaznya. Sekiranya ada pekerjanya melakukan kesalahan / kesilapan kecil dipotong gaji atau diberhentikan perkhidmatan dalam masa 24jam. Inikah yang dikatakan Sultan berjiwa rakyat???

  Pembesar negeri yang mengikut kehendak beliau,akan mendapat kenikmatan yang istimewa seperti anak mas. Merekalah yang berkuasa dan bebas melakukan apa sahaja yang disukai. Tidak ada larangan & bantahan. Mereka bersikap Ego, Sombong, Bongkak dan melahirkan kata-kata kesat.Ada yang dihalau ibarat kucing kurap.kepada sesiapa sahaja yang datang keibu pejabat istana.
Masyarakat sekeliling khususnya Kuala Kangsar mereka tidak puas hati diatas layanan dan sikap pembesar-pembesar diibu pejabat istana D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan.

  Sekarang ternyata telah dibongkar. Perlantikan Sultan Azlan ada bersangkut paut dengan pembesar-pembesar istana yang menerima rasuah dari beliau. Ada yang telah meletak jawatan dan melarikan diri ke selatan kerana tidak mahu menerima rasuah dan tidak mahu bersekongkol dan bersubahat dengan mereka yang tidak bertanggungjawab dan telah melantik orang kebanyakan menjadikan Sultan yang tidak berdaulat.

Sekian Wasalam

Tuesday, March 13, 2012

Parti Politik Memperalatkan Sultan Dan Ketepikan Agama

  Pembaca yang setia,Kali ini YM Raja Ahmad Nasir ingin menyampaikan mesej bahawa segala maklumat dan kenyataan yang benar telah diketahui oleh pihak atasan seperti Seri Paduka Yang Dipertuan Agong,Majlis Raja-raja,Perdana Menteri,Ahli Dewan Negara Negeri Perak, Ketua Polis Perak,Ketua Polis Negara.begitu juga tentang urusan Raja Ahmad Nasir.


  Bagaimana caranya untuk menyampaikan mesej secara umum?Sedangkan pihak politik campur tangan dalam institusi Raja-raja sehingga pihak media masa tidak berani tampil memaparkan untuk disiarkan di dalam akhbar.Pihak politik begitu angkuh dengan kuasa yang ada sehingga sanggup melakukan jenayah.Seumpamanya memutar belitkan fakta yang sedia ada. Mengenepikan agama, menghalalkan yang haram demi kepentingan diri sendiri dan kroni-kroninya bagi mendapat kekayaan dan kekuasaan. Mereka sanggup mencabuli dan memperalatkan kedaulatan Sultan-Sultan serta menjatuhkan akhlak dan moral bangsa Melayu. Rakyat yang miskin bertambah miskin dan yang susah bertambah susah, Ketika memegang jawatan sanggup bersumpah taat setia dengan kalimah Allah tetapi dilupakan.

Masyarakat sekeliling tahu akan perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Tidakkah mereka ini berasa malu?

  Yang YM Raja Ahmad Nasir benar-benar berharap Parti politik semestinya menghormati Sultan bukannya menjadikan satu simbol atau hanya diperlukan sebagai bahan tipu muslihat mereka.Ingatlah Sultan itu mempunyai kedaulatan dan juga sebagai pewaris Nabi. Jangan sampai sumpah memakan diri.Didalam ISLAM kata-kata sumpah dengan menggunakan kalimah Allah bukannya satu permainan.Ia merupakan Amanah batgi melaksanakan tanggungjawab dengan Adil.

  Mengikut Undang-undang Perlembagaan bahagian 2 Negeri Perak,Perlantikan seorang Menteri Besar hendaklah berbangsa Melayu,beragama Islam bukanya dari kacukan dari bangsa lain memeluk Islam.

  Perlantikan Sultan pula adalah warisan dari Sultan Pertama dan ke 18iaitu Sultan Ahmadin Shah. Kenyataan disini bahawa Sultan Azlan bukannya keturunan darah raja. Siapakah yang bertanggungjawab melantik beliau sebagai Sultan Negeri Perak?

  Begitu juga dengan kalangan Ahli Dewan Negara,mereka tidak menetap di Negeri Perak dan tinggal diluar kawasan Negeri Perak. Kenapakah ia berlaku?

  Dimanakah letaknya Undang-undang berdaulat sedia ada? Kenapa yang benar tidak diberikan haknya dan yang bersalah tidak ditangkap???







WASALAM