Tuesday, March 13, 2012

Parti Politik Memperalatkan Sultan Dan Ketepikan Agama

  Pembaca yang setia,Kali ini YM Raja Ahmad Nasir ingin menyampaikan mesej bahawa segala maklumat dan kenyataan yang benar telah diketahui oleh pihak atasan seperti Seri Paduka Yang Dipertuan Agong,Majlis Raja-raja,Perdana Menteri,Ahli Dewan Negara Negeri Perak, Ketua Polis Perak,Ketua Polis Negara.begitu juga tentang urusan Raja Ahmad Nasir.


  Bagaimana caranya untuk menyampaikan mesej secara umum?Sedangkan pihak politik campur tangan dalam institusi Raja-raja sehingga pihak media masa tidak berani tampil memaparkan untuk disiarkan di dalam akhbar.Pihak politik begitu angkuh dengan kuasa yang ada sehingga sanggup melakukan jenayah.Seumpamanya memutar belitkan fakta yang sedia ada. Mengenepikan agama, menghalalkan yang haram demi kepentingan diri sendiri dan kroni-kroninya bagi mendapat kekayaan dan kekuasaan. Mereka sanggup mencabuli dan memperalatkan kedaulatan Sultan-Sultan serta menjatuhkan akhlak dan moral bangsa Melayu. Rakyat yang miskin bertambah miskin dan yang susah bertambah susah, Ketika memegang jawatan sanggup bersumpah taat setia dengan kalimah Allah tetapi dilupakan.

Masyarakat sekeliling tahu akan perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Tidakkah mereka ini berasa malu?

  Yang YM Raja Ahmad Nasir benar-benar berharap Parti politik semestinya menghormati Sultan bukannya menjadikan satu simbol atau hanya diperlukan sebagai bahan tipu muslihat mereka.Ingatlah Sultan itu mempunyai kedaulatan dan juga sebagai pewaris Nabi. Jangan sampai sumpah memakan diri.Didalam ISLAM kata-kata sumpah dengan menggunakan kalimah Allah bukannya satu permainan.Ia merupakan Amanah batgi melaksanakan tanggungjawab dengan Adil.

  Mengikut Undang-undang Perlembagaan bahagian 2 Negeri Perak,Perlantikan seorang Menteri Besar hendaklah berbangsa Melayu,beragama Islam bukanya dari kacukan dari bangsa lain memeluk Islam.

  Perlantikan Sultan pula adalah warisan dari Sultan Pertama dan ke 18iaitu Sultan Ahmadin Shah. Kenyataan disini bahawa Sultan Azlan bukannya keturunan darah raja. Siapakah yang bertanggungjawab melantik beliau sebagai Sultan Negeri Perak?

  Begitu juga dengan kalangan Ahli Dewan Negara,mereka tidak menetap di Negeri Perak dan tinggal diluar kawasan Negeri Perak. Kenapakah ia berlaku?

  Dimanakah letaknya Undang-undang berdaulat sedia ada? Kenapa yang benar tidak diberikan haknya dan yang bersalah tidak ditangkap???







WASALAM

No comments:

Post a Comment