Monday, August 15, 2011

Langkah Awal


Para pembaca yang budiman lagi setia menghayati cerita selanjutnya. YM Raja Ahmad Nasir telah berurusan dengan pihak Ibu Pejabat Istana DYMM Sultan Perak dengan baik dan tidak mahu mengaibkan Sultan Perak Seisi Keluarga. Tetapi pihak Ibu Pejabat tidak ambil indah seperti Dato Ayob Bin Hashim, malah bersifat biadap dan membalas surat tanpa berfikir. Mengikut perlembangan undang-undang Negeri Perak bahagian 2, Seolah-olah YM Raja Ahmad Nasir tidak tahu undang-undang tersebut. Disinilah punca YM Raja Ahmad Nasir terus berjuang untuk mendapat kembali hak warisan yang di amanat oleh Almarhum datuk(ninda) beliau.
YM Raja Ahmad Nasir terpaksa pecah tembelang Sultan Perak mangikut langkah demi langkah agar beliau men dapat kembali hak warisan. YM Raja Ahmad Nasir cuba cara baik supaya pihak pembesar-pembesar Istana,Mufti Negeri Perak dapat selesaikan dengan aman tanpa berpanjangan, ternyata Sultan Perak tidak boleh dibawa berunding sama sekali. Kemudian diutus surat pada Menteri Besar Perak. Bila dijawab, “ Akan dibawa ke minit mesyuarat”. Kenyataan itu bohong belaka. YM Raja Ahmad Nasir membawa perkara ini pada pihak media, hanya 2kali dimasukkan dalam Utusan Malaysia dan Apabila buat Press Comferce langsung tidak disiarkan dalam akhbar.Kemudian pergi ke Malaysia kini, pun tidak ada yang berani menyiarkan cerita tersebut.
YM Raja Ahmad Nasir terpaksa mengutus surat pada pihak atasan seperti Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-raja, Perdana Menteri, Ketua Polis Negera dan lain-lain lagi. Malah tiada jawapan diterima. YM Raja Ahmad Nasir tidak pernah putus asa, beliau akan terus berjuang sehingga akhir hayat. Semangat YM Raja Ahmad Nasir tetap dengan pendirian walau dengan titisan darah sekali pun. Kerana itu lah YM Raja Ahmad Nasir membuka blog dan memasukan cerita tersebut.
YM Raja Ahmad Nasir mengucapkan terima kasih pada pembaca blog. Sekarang hati YM Raja Ahmad Nasir rasa lega sikit. Ramai yang menjadi pengikut dan penyokong YM Raja Ahmad Nasir dan memberi semangat serta perangsang. Para pembaca yang budiman kemungkinan juga apa yang YM Raja Ahmad Nasir usahakan selama ini akan tercapai matlamatnya. Insyallah apabila Allah mengizinkan apa yang YM Raja Ahmad Nasir buat akan menjadi satu kenyataan. Berdoalah Kejayaan Beliau semoaga Allah memberkati yang benar dan yang batil akan hilang.

CERITA SELANJUTNYA AKAN SAMPAI DENGAN MESEJ YANG BAIK....


WASALAM

Wednesday, August 3, 2011

Adat Dan Adab

Salam sejahtera pembaca blog yang sentiasa menunggu cerita selanjutnya.

Pada 1hb.July 2011, YM Raja Ahmad Nasir telah mengutus surat pada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan didalam negeri ini.

YM Raja Ahmad Nasir minta Seri Paduka Yang Dipertuan Agong serta kesemua sultan- sultan di dalam negeri ini, agar ATAN BIN HASHIM (Azlan Sultan Perak) turun daripada takhta mengikut Undang-undang Perlembangan Bahagian ke-2 Negeri Perak. Ternyata Atan Bin Hashim telah menipu sekalian rakyat jelata,Agong&Sultan-sultan di negeri ini. Sebagai seorang Islam, Mufti Negeri Perak, Ahli Dewan Negara seharusnya bersikap Sidek, Amanah,Tabliq,Patonah. Mereka mesti Amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugas agar Agama Islam tidak dipandang rendah atau dipermainkan oleh bangsa&agama lain.

Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, sultan-sultan serta Ahli Dewan Negara Negeri Perak tidak sepatutnya menjadi PATUNG TIDAK BERNYAWA. Tidak mempunyai semangat, hati dan jiwa. Islam itu bersih,Harmoni.dan Bersikap Adil. Mereka mementingkan harta kuasa,dan wang ringgit sehingga tidak sedar telah menipu diri sendiri.

Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan yang ada tidak berani menjatuhkan hukuman pada orang yang ternyata telah melanggar undang-undang. Undang-undang yang ada digunakan pada pihak yang tidak berupaya . Adakah undang-undang yang wujud di dalam negara ini adalah UNDANG-UNDANG PALSU?

Adakah sultan-sultan yang wujud sekarang tidak berdaulat dan beragama ? Di bibir menyebut kalimah Allah tapi di hati kosong. Kita dapat saksi kan berbagai kerenah dan musibah yang telah berlaku di negara ini.

YM Raja Ahmad Nasir terasa sedih,pilu dan malu diatas sikap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan yang memerintah negeri masing-masing. TIDAK UBAH SEPERTI TUNGGUL KAYU. Dengan sendirinya telah menjatuhkan meruah institusi Raja-raja ,menjadi seorang PENAKUT,PENGECUT DAN TIDAK BERANI menegakkan KEBENARAN, bertanggungjawab dan bersikap adil mengikut undang-undang yang ada.

Mengikut undang-undang Atan Bin Hashim(Azlan Sultan Perak) seisi keluarga tidak layak mengguna nama RAJA. Mereka telah melakukan penipuan dan mesti di tarik balik nama raja.

Atan Bin Hashim tidak boleh bersemayam di Istana Iskandariah dan Istana Kinta. Kini mereka sekeluarga telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan menetap di sana. Bererti Negeri Perak TIADA BERSULTAN. Kedaulatan tidak ada pada diri beliau. Adakah Yang Dipertuan Agong dan sultan-slutan didalam negeri ini buta mata dan buta hati sehingga tidak mengenal kedaulatan seorang sultan yang sebenarnya.

YM Raja Ahmad Nasir amat kecewa dengan undang-undang yang ada. Segala bahan bukti, fakta yang dikemukakan tidak di ambil peduli. Haruskah atas perkara ini, rakyat jelata semua bangkit menghina pada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan juga sultan-sultan yang memerintah?

Tidakkah terasa malu dan hina. Dimana letaknya maruah seorang ketua agama di negara ini?

Adat istiadat, adat resam, adat beradap dan adab maruah telah dicemar sendiri oleh pihak atasan.


WASALAM