Sunday, August 29, 2010

Assalammualaikum

YM Raja Ahmad Nasir mengucapkan Selamat Berpuasa, Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 53 dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Al-Fatihah.

Pada bulan puasa ini adakah penyampaian cerita, bahan-bahan yang dimasukkan dalam blog tidak mempunyai erti kepada yang membaca blog.Sekiranya Negara ini mempunyai orang yang selalu suka merendahkan Hak yang benar diatas kenyataan yang tulen, dimanakah letaknya tempat untuk mengadu atau menyampaikan mesej yang sebenarnya.

Di Negara kita ini mempunyai Rukun Negara:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan Undang-Undang.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan.

Adakah benar-benar kelima-lima Rukun Negara itu diguna pakai atau sebagai satu simbol untuk memperbodohkan masyarakat di Negara ini sahaja. Kenyataannya Seri Paduka Yang Dipertuan agong adalah Pemerintah di Negara ini. Kalau dilihat, adakah benar sebagai Pemerintah dari segi pentadbirannya, negara ini memegang Amanah allah yang dipertanggung jawabkan kepada beliau. Bagaimana pula Perdana Menteri Malaysia yang menguasai segala-galannya, tak ubah seperti lebih kuah dari sudu.

Di sinilah satu-satu kenyataan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tak ubah seperti patung. Ini bererti Rukun Negara Ke-2 tidak diguna pakai. Ternyatalah Kedaulatan sebagai pemegang jawatan tersebut tiada maknanya dan menjadi sia-sia. Surat- surat yang dikirim oleh YM Raja Ahmad Nasir kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah dicampur tangan oleh pihak ke 3. Sebagai contoh berlakunya perselisihan faham diantara Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat iaitu Dato Nizar dengan dato Zambry. Sepatutnya Sultan Perak yang memainkan peranan bertanggung jawab ke atas pemilihan menteri Besar dengan bijaksana. Oleh kerana ada pihak ke 3 yang mengunakan Racun Madad untuk jadikan suasana tegang dan Pertabalan tidak adil disebabkan kekuasaan Wang Ringgit, Kedudukan dan kenyataan palsu bagi orang yang tidak bertanggungjawab.

Di sini jelas rukun Negara yang menjadi satu-satunya Rukun yang disebarkan agar masyarakat atau rakyat mengikut peraturan. Peraturan apakah itu? Undang-undang mana yang di ikut? Kenyataan yang BENAR di tolak. Di sinilah puncanya Nampak oleh kerana seorang yang bernama SULTAN tidak berdaulat membuat instituasi Raja-raja, agama, bangsa dan Negara menjadi malu.

Kenyataan Sultan Perak, bahan-bahan bukti ternyata seorang penipu, pendusta dan seorang yang tidak memegang amanah sanggup membuat satu kenyataan yang tidak seharusnya beliau memegang tahta Kerajaan Negeri Perak. Sebagai Menteri Besar, Ahli Dewan Negara yang tahu akan asal usulnya WAJIB mendedahkan pada pihak MEDIA.
Mufti Negeri Perak, Dato Seri Harussani WAJIB menasihat beliau TURUN DARI TAHTA KERAJAAN NEGERI PERAK dan menyerahkan kepada yang berhak. Sebagai seorang Mufti, tidakkah beliau merasa MALU DAN HINA sikap dan perbuatan beliau tak ubah seperti BANGSA YAHUDI begitu juga Sultan yang memerintah sekarang ini di negeri Perak.

Satu lagi kenyataan Raja Muda Nazrin mempunyai seorang anak, kenapa tidak ditunjukkan paras rupa di dalam akhbar. Bagaimana pula sekarang ini beliau seorang bisnes man. Apakah tanggung jawabnya sebagai Raja Muda. Perniagaan itu untuk siapa?
Ternyata sikap dan tingkah laku beliau terang-terang menunjukkan bahawa beliau bukan Pewaris Raja tetapi rakyat biasa dan takut beliau menjadi susah, miskin kerana itulah sifat-sifat anak raja tiada di diri beliau. Sedangkan masyarakat di Negara ini tahu daripada Sultan Azlan seisi keluarga bukannya darah keturunan raja.

Di mana letaknya maruah keluarga mereka ini sehingga dunia kiamat pun rakyat memandang hina dan jijik di atas sikap keluarga mereka ini.

Wassalam.

Wednesday, August 4, 2010

Assalamualaikum

Pembaca yang menunggu cerita selanjut dari YM Raja Ahmad Nasir. Cerita seterusnya ialah Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 6 Nov 2009 dan 'Penjara Ghaib' di Beting Beras Basah pada 24 Jan 2010 didalam Berita Harian dan Berita Minggu (rencana).

Pembaca yang budiman, Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada hari tersebut telah menyampaikan untuk pilih Raja.Dengan ringkas YM Raja Ahmad Nasir menyampaikan kata-kata oleh Dr. Ahmad Kamal Arifin dalam tradisi Melayu, orang yang menjadi Sultan mesti ada syarat iaitu mempunyai calon yang sesuai, ada alat kebesaran yang menjadi lambang penentuan dalam perlantikan Sultan. Alat kebesaran itu digunakan ketika menabalkan Sultan.Beliau mestilah mempunyai alat kebesaran seperti gong dan keris sebagai lambang Raja yang sah. Setiap negeri mempunyai alat kebesaran masing-masing. Pelakuan yang menjadikan beliau Raja. Ia tidak semestinya anak Raja yang memerintah pada ketika itu. Sebaliknya boleh jadi anak saudaranya, selagi ia Kerabat DiRaja. ini adalah Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian 2, 1948 dan 1935.

Berita Minggu 24/01/2010 pula " PENJARA GHAIB " Beting Beras Basah. Penyelidik dan Pengkaji SejarahAriffin Mohd Dahlan dimaklumkan bahawa wujudnya Beting Beras Basah pada tahun 1528, Sultan I iaitu Sultan Muzaffar telah memasuki ke Sungai Kuala Perak dikemudi oleh Nakhoda Tumi.

Bahtera Baginda karam dikawasan lubuk pasar di Beting Beras Basah. Semua peralatan dibuang kecuali alat kebesaran di Raja. Apabila Datuk Maharaja SiRaja Jin meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut, barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar semula maka dengan itu Negeri Perak tidak mempunyai gelaran Tengku Mahkota. Sebaliknya diganti dengan gelaran " Raja Muda ". Kata-kata sumpah oleh Sultan Muzaffar Shah " SELIKIT TANAH MINANGKABAU, SELENGKUNG PULAU PERCA, DILINGKUNG ULAR SALETIMUNA, SEBENARNYA AKU MENJADI RAJA, JAUHKAN SEGALA MALAPETAKA.

Para pembaca yang budiman, Dua tajuk keratan akhbar yang telah di ambil oleh YM Raja Ahmad Nasir membuktikan warisan Raja Berdaulat sahaja yang berani menuntut HAK di atas kebenaran dan sanggup memperjuangkan demi menunaikan amanat dari nenda beliau. Sultan Azlan Shah seisi keluarga bukannya anak atau benih Raja apatah lagi warisan yang berdaulat. Beliau adalah seorang penipu, perampas dan juga pengkianat Bangsa, Negara dan Agama. Kerana itulah Sultan Azlan seisi keluarga tidak tahan bermastautin di Negeri Perak dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Mufti Perak iaitu Dato Harussani dan ahli Dewan Negara bersengkongkol dengan Sultan dan tidak menghiraukan sumber rezeki yang mereka perolehi itu halal ataupun haram, janji mereka merasa senang dengan kedudukan mereka sekarang.

Disini ternyata pihak Mufti Negeri Perak, Ahli Dewan Negara tidak memegang amanah dan Sumpah Ikrar ketike memegang jawatan tersebut. Adakah mereka ini orang Islam? Bagaimana rakyat mahupun masyarakat mahu menghormati pihak atasan apatah lagi tentang Rasuah. Inilah gara-gara orang atasan menunjukkan kelakuan buruk terhadap orang bawahan. Bila pihak bawahan melakukan Rasuah nampak kesalahannya, jikalau mereka bagaimana? Persoalannya Sultan Azlan Shah menaiki tahta secara penipuan dan bersengkongkol dengan pihak Ahli Dewan Negara dan Mufti Negeri Perak.

Para pembaca sekalian, bukakanlah mata hatimu, lihatlah sekeliling di dalam Negeri Perak ini. Kenapa dan mengapa Negeri Perak nampak usang tidak bermaya sehingga sanggup rakyat mencela Sultan dan kroni-kroninya.Ada diantara tanah rakyat, orang-orang tertentu dirampas begitu saja.Projek besar-besaran diambil oleh keluarga beliau kerana mahu kaya lagi kaya dan beliau menjadi seorang Sultan yang tamak dan haloba.Di ikuti oleh Ahli yang bersengkongkol dengannya. Tidakkah mereka terasa malu pada diri sendiri di atas perbuatan mereka itu. Rakyat atau masyarakat nampak di manakah maruah mereka ini.

Sekiranya para pembaca inginkan kebenaran kata-kata dari YM Raja Ahmad Nasir, kenapa tidak saudara-saudari,Encik-encik dan tuan-puan mengutus pada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan juga pihak media agar Sultan Azlan Shah dan YM Raja Ahmad Nasir menunjukkan kebenaran dengan nama Allah ke Beting Beras Basah. Di situlah nanti para pembaca sekalian akan ketahui di atas kebenaran yang tukus ikhlas dari YM Raja Ahmad Nasir.

Sekian. Wassalam.